Konsert Dolla Mini Showcase

Konsert ini diumumkan oleh Dolla pada 30 Januari 2022. Menurut ahli kumpulan, Syasya, idea untuk mengadakan konsert ini datang daripada syarikat rakaman Dolla, Universal Music Malaysia. Dalam temubual bersama Berita Harian, Syasya berkata:

"Kami terkejut dan tidak menyangka tiket begitu laris. Jadi, Dolla berharap peminat, khususnya kelab peminat, iDolla akan menikmati persembahan Dolla untuk kali pertama secara langsung di depan mereka. Dolla gembira kerana akhirnya diberi peluang mengadakan persembahan di hadapan peminat. Lagipun, kami adalah puteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana muncul ketika fasa PKP dilaksanakan. Kami tidak sabar mahu bertemu peminat. Jadi, peluang ini sangat berharga buat kami,".[1]

Tiket menyaksikan Dolla Mini Showcase telah dijual pada harga RM35 (tiket terhad) dan RM55 (berserta sesi ramah mesra) telah habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022.[4][5][6][7] Menurut seorang lagi ahli, Tabby, selain persembahan dalam beberapa versi lain serta mutu vokal yang dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.[4]

Dolla Mini Showcase diadakan pada Sabtu, 19 Februari 2022 di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1Utama jam 8 malam. Ia dijayakan bersama rakan radio rasmi, Hot FM dan diadakan bagi menghargai sokongan daripada peminat kumpulan ini, yang dikenali secara kolektif sebagai iDolla.[8] Acara yang dihadiri hampir 150 peminat termasuk ahli keluarga kumpulan ini, menyaksikan Dolla menyanyikan lima lagu hits mereka, termasuk lagu baharu, "Bad" yang dilancarkan pada 11 Februari. Dolla turut mempersembahkan lagu "Cold Blooded" yang dipopularkan oleh penyanyi Korea Selatan, Jessi. Dolla Mini Showcase turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi baharu, Juki yang menghiburkan penonton menerusi single pertamanya, "Pacu" yang dilancarkan pada 11 Mac.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Dolla Mini Showcase https://gempak.com/berita-terkini/tiket-mini-showc... https://www.kitepunye.com/dolla-tahan-sebak-masa-m... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/02/812108/air-m... https://www.hmetro.com.my/utama/2022/03/815551/air... https://www.kosmo.com.my/2022/01/31/tiket-showcase... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2022/01/76... https://pjpac.com.my/event-details/?id=41 https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articl...